Monday, March 11, 2013 | 5:15 AM | 0 Atasinchi
Assalammualaikum
Hai blog. Awak merajok dengan kita tak ? Hahahahha dahlamanyaa tk update. Ya Allah sumpah rinduuu :'(( Hmm tkde niat pun nak lupakan awak wahai my pretty bloggyyy blog hihih busy sikit lah aumm nyumm nyummm. Yeayy dh move on Hohhoo -,- Perlu ke nak kecoh ? Takkan ? Hahahha tak tak, tak kecoh . Cuma bagitahu dalam blog ni jeh hihii aiyeevviuuu blog :** Ohmaiii gguuddyy . I miss my teddy bear damn much Opsss *monyet tutup mulut* Hihi
Hihi hmm dah, akhirnyaaa hubungan aku dengan nizam terkandas di tengah rail keretapi . Dah tkde jodoh kan ? Nak buat macam mne? Hahhaa tapi tapi, nampak sangat aku happy. Tapi dalam hati? Hmm orang kalau dah taknak dekat kita, better kita lepaskan je. Mungkin tu satu petunjuk yang dia bukan terbaik untuk kita kan :) Yeahh , memang tkdapat tandingi perasaan aku kat Aiyull dulu. Yes I admit, aiyull lelaki pertama aku sayang dan cinta . Wahh untung kau yull . Tp sayang, kau tkpernah nak hargai aku even dah banyak peluang aku bagi dekat kau. Memang last kita jumpa haritu memang mendatangkan hikmah yang sangat bagus dalam hidup aku. Since kita jumpa kat salsa haritu, aku dah boleh move on and hundred percent aku dah buang perasaan aku dekat kau, dah stop berharap dekat kau. Thanks :') Thanks sebab akhirnya kau dah stop sakitkan hati aku. Selama setahun lebih aku kenal, aku sayang kau macamni aku dapat. Aku tkmintak lebih, cukuplah sekadar kita berkawan. Tapi, nampak sangat aku yang terhegeh hegeh dekat kau. Aku yang bodoh selalu call kau, cari kau semua. Padahal kau ? Alahaii sampah lah weyh aku pada mata kau . Takpe, what goes around comes around. Just wait and see. K sayang? K good . Aku bersyukur sangat, aku dah dapat lupakan kau. Lamanya aku ambil masa. Dan lepasni please jangan muncul lagi dalam hidup aku. Kau dah tkde dalam kamus hidup aku. Aku takkan benci kau. Jangan risau K sayang? Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Yelah, kau kan duda aku yang paling aku sayang. Hmm serious untung siapa dapat kau. Aku doakan kau bertemu jodoh dengan seseorang yang boleh terima kau seadanya, yang boleh sayang, cintakan kau selamanya, setia dengan kau and boleh bimbing kau ke jalan yang benar. Macam mana aku sayang kau dulu. Jaga diri, masa depan kau jauh lagi. Cerah. Tolong jangan rosakkannya sebab pengaruh org sekeliling kau. Kau dah besar kan? Andai takdir temukan kita, aku mohon anggap saja kita tak pernah kenal sebelum ni. Anggap saja kita tkpernah kenal and tau nama masing-masing. Yeah itu yang aku harapkan :)
Hubungan terkandas? Itu perkara biasa. Sudahlah, aku dah penat untuk menahan seseorang yang takperlukan aku langsung dalam hidup dia. Cukup tiga kali kau mintak break and yeah kali keempat aku putuskan untuk kita berpisah. Yeah, itu yang kau harapkan kan ? K aku turuti segala apa kemahuan kau. Mungkin kita akan berbaik, tapi bukan sekarang. Hati aku still pedih dengan perbuatan kau. Aku mengaku kau memang baik tapi..perangai kau. Cara kau layan aku, K tu dah cukup buat aku. Aku dah taktahan. Orang cakap, kalau nak cari calon tengok macam mana seseorang tu layan mak ayah dia. K aku dah nampak. Aku panas baran, dan aku taksanggup nak tahan sikap panas baran kau juga. Kata putus, kita break. Itu lagi memudahkan. Ikut suka kau lah, nak balas dendam ke ape. Aku terima jeh. Hidup kau, bukan hidup aku. Siapa aku untuk menjudge orang? Allah saja yang layak untuk judge hamba-2nya. Aku taklayak. Aku taksempurna. Aku hamba yang hina and masih perlukan sokongan orang sekeliling untuk berubah. Semoga hidup kau diberkati. Aminn..
Orang baru? Cepatnya aku dapat pengganti. Yeah, aku mudah jatuh hati dengan orang. Aku mudah sayang orang. So please, jangan amik orang yang aku sayang daripada aku. Aku dah mula sayang dia. Sayang sangat. Kenapa Allah sentiasa menggantikan seseorang dengan yang lebih baik? Sebab Allah sayang aku. Terima Kasih, Ya Allah :) Entah macam mana perasaan sayang boleh wujud antara kami. Hmm mungkin jodoh. Yeahh, jodoh tu kan rahsia Allah. Jujur aku sayang dia. Aku sayang dia sebab dia sentiasa ada dengan aku, yes. And now, aku memang takboleh berenggang dengan phone. Phone nyawa aku, phone lah yang menghubungkan kami. Yeahh, even berpisah sesaat dah rindu. Yeaaa, perasaan ni takpernah tipu. Ya Allah, aku sayang dia. Kalau dia boleh terima kekurangan aku, kenapa aku tidak? Kekurangan dialah yang menjadikan hubungan kami sempurna. Dia baik, dan yang penting dia bukan panas baran. Ada jeh benda dia nak buat aku gelak. Even tengah marah dengan dia, tapi bila dah ade depan mata semua perasaan marah hilang. Perasaan nak peluk, cium yang timbul. Sejenak berfikir, apa dugaan yang bakal kami hadapi lepasni? Ya Allah, kehilangan dia benda yang paling takut sekali dalam hidup aku. Kalau ditakdirkan kami ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau jodoh kami tak tertulis...aku redha :'( Jujur aku sayang bear :') Andai kata segala perasaan yang dia curahkan untuk aku itu hanyalah dusta belaka, kau berikan lah aku kekuatan, pinjamkan aku sedikit kesabaran agar aku dapat menahan dan mampu bersabar dengan dugaanMu. Tapi, kuat hati mengatakan yang dia betul betul jujur. Ya Allah, andai kata dugaan yang bakal kami hadapi amat berat, Kau kuatkanlah hati kami untuk mengharungi dugaan tersebut. Kerana itu lah manisnya hubungan kami. Amin..
' Selagi Allah masih mengizinkan saya untuk hadir perasaan sayang pada awak, selagi itulah saya berusaha untuk sayang awak sorang, untuk setia dengan awak sorang, untuk rindu awak sorang. InsyaAllah, ada jodoh pasti tak kemana. Tolong bimbing saya ke jalan yang benar. Tolong buat saya berubah ke arah kebaikan. Dan saya mohon, jangan pernah lupakan Dia sebab Dia lah yang telah pertemukan kita. Yang telah hadirkan perasaan sayang antara kita. Janji dengan saya awak akan kuat tempuh dugaan bersama saya yeaa? Janji dengan saya awak jangan pernah berniat untuk tinggalkan saya dan janji dengan saya please jangan abaikan saya walaupun sesaat? Sebesar manapun salah saya, please kita bawak berbincang. Settle dengan matang. Dan andai takdir tak temukan kita, percayalah. Saya bukan yang terbaik untuk awak dan Allah pasti gantikan dengan seseorang yang jauh lebih baik dari saya. Janji yea. Please, saya sayang awak :) '
Kalau awak sedih saya pun sedih.
Kalau awak nangis, saya akan tolong lapkan air mata awak.
Kalau awak down, saya try untuk bangkitkan awak.
Kalau awak pergi, saya nak ikut.
Dan..
Kalau saya pergi, percayalah akan ada seseorang yang akan gantikan tempat saya untuk jaga awak.
Jangan risau, selagi hubungan kita diberkati selagi itulah saya setia dengan awak.
Jaga diri selalu, untuk awak dan juga untuk saya :)
Semoga hidup awak sentiasa diberkati, dirahmati olehNya.
Aminnn .




AKJ's Princess
>